February 20, 2010
Islam untuk semua
Islam utk semua manusia tanpa mengira kaum dan jenis bangsa..
Islam rahmatan lil-alamin, islam rahmat utk semua makhluk-Nya..
“Hai manusia (tanpa mengira bangsa), sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
(Surah Al Hujuraat : Ayat 13)
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berda'wah) kepada kebajikan (mengembangkan islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya"
(surah Ali 'Imran : 104)
Allah SWT berfirman dalam surah al-Maidah ayat 8:
"Wahai orang-orang yang beriman. Hendaklah kamu sentiasa menjadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah. Janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah sesungguhnya itu lebih dekat kepada takwa. Bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah mengetahui setiap perkara yang kamu lakukan."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment